Sunday, January 9, 2011

Yang Paling Memalukan dalam Dunia IT Sepanjang 2010

Tahun 2010 telah kita tinggalkan, 2011 membuka lembaran. Begitu banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2010, yang gemilang, yang mengejutkan. Tetapi yang pasti tidak dapat dilupakan, perkara-perkara yang memalukan. Saya himpunkan disini, kisah-kisah yang memalukan dalam dunia IT, sepanjang 2010.

1. Tweet
Laman tweeter digemparkan dengan beberapa gambar-gambar lucah artis-artis terkenal. Yang paling mengejutkan, tweet Hayley Williams, penyayi kumpulan Paramore, yang memaparkan gambarnya diatas katil, dengan payudara terdedah.
 Hayley Williams mendakwa, akaun tweeternya telah digodam, dan penggodam tersebut yang menyebarkan tweet tersebut. Walaubagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat, Hayley sendiri yang melakukannya.




2. Produk mudahalih
iPad dan iPhone 4 menjadi gadjet terhangat pada 2010. Bagaimanapun, ada sesetengah produk yang tidak langsung dapat diterima. Microsoft Kin, didakwa disasarkan untuk golongan muda yang gemar bersosial. Tetapi peranti tersebut langsung tidak dilengkapi apa-apa kemudahan laman sosial.


Tiada pautan ke Facebook,tweeter, atau mana-mana laman sosial. Kurang sokongan aplikasi. Menyedari hakikat ini, Microsoft segera menarik semula produk tersebut dari pasaran, hanya 7 minggu selepas ia dilancarkan.

3. Perisian keselamatan
McAfee merupakan salah satu perisian anti-virus terkemuka di dunia. 2010 menjadi tahun paling memalukan apabila beribu-ribu komputer crash kerana mereka. Pengguna-pengguna Windows XP yang melakukan proses update menghadapi masalah apabila komputer mereka restart tanpa henti.

Sehingga kini, pihak McAfee tidak dapat memberi penjelasan yang baik diatas apa yang berlaku

4. Pencapaian
Facebook mencatatkan 550 juta pengguna aktif bulanan, pada penghujung 2010. Perkembangan ini ternyata memberi kesan kepada laman sosial lain, terutamanya MySpace, yang mencatatkan “pencapaian” paling memalukan dalam sejarah kewujudannya.
MySpace mencatatkan pengurangan sehingga separuh jumlah penggunanya sepanjang 2010. Logo barunya ; My________ juga mendapat kritikan hebat pengguna internet.

5. Cetak RompakTahun 2010 mencatat sejarah hitam kepada pengasas laman web The Pirate Bay, yang dipenjarakan akibat kesalahan pelanggaran hak cipta.


Ini merupakan tamparan hebat kepada lanun-lanun atas talian. Sebelum ini, The Pirate Bay mendakwa mereka kebal dari tindakan undang-undang kerana mereka hanya menjadi hub perkongsian. Akan tetapi undang-undang membuktikan sebaliknya. Walau apapun yang berlaku sepanjang 2010, diharap dunia IT terus berkembang, terutamanya di Malaysia. Jumlah blogger aktif di Malaysia juga dilihat berkembang pesat sepanjang 2010.