Haiwan buas ini akan memakan apapun yang ada di depannya, mulai dari selipar, piring hingga pecahan kelengkapan perang pernah ditemui didalam perutnya. Kadang kala juga ia menggigit sesuatu yang mustahil ia kunyah. Kerakusan ikan yu macan ini memang tak boleh diceritakan lagi.Sebenarnya semasa dalam perut ibunya, mereka saling lahap satu sama lain.
2. Mr Pig.
Haiwan ini sangat rakus, walaupun perutnya sangat kecil. Satu fakta tentang khinzir ini, haiwan ini suka tidur di atas najisnya sendiri, sehingga badannya penuh dengan najisnnya.
3. Burung pemakan bangkai
Burung ini merupakan karnivor tahap satu. Makanan mereka adalah daging, hanya daging dan cuma daging walaupun daging itu terhidang "setengah matang" mahupun sudah membusuk. Mereka akan melahap bangkai binatang sebanyak mungkin, secepat mungkin, sampai berat mereka menjadi 20 % lebih berat setelah makan.
4. Tasmanian Devil
Haiwan asli Australia ini dapat melahap makanan sebanyak 40% berat tubuhnya hanya dalam tempo 30 minit. Mungkin biasa je bunyinya kan, tapi mari kita bandingkan dengan manusia, maka itu sama saja dengan kita melahap 216 hamburger dalam tempoh yang sama.
5. Kelawar Pontianak
Haiwan ini besarnya hanya sebesar penumpuk orang dewasa, tapi gigi tajamnya boleh menyobek pembuluh darah dan menghisap darah kita, sebanyak 5 sudu besar teh sekali gigit. Haiwan ini sebelum menyedut darah, dia akan "mengencing" korbannya terlebih dahulu.Aik? kencing macamana ni?
6. Ular Sawa
Haiwan ini boleh menelan makanan yang bahkan lebih besar daripada kepalanya sendiri. Kerana memiliki sistem pencernaan yang unik, maka ular sawa memerlukankan waktu yang lama untuk makan selepas, kira-kira dalam beberapa hari bahkan bulan.
7. Kodok Mulut Lebar Argentina
Juga dikenal sebagai kodok bertanduk, Argentinean wide-mouthed frog ini sangat tidak gentar maupun takut ketika melahap makanannya. Haiwan ini makan apa aja seperti tikus,arnab kecil dan ular. Ianya makan dengan rakusnya, perutnya boleh robek kerana kekenyangan.
8. Burung Kolibri
Haiwan ini memerlukan makanan setiap 10 minit sekali. Dengan sayap yang berkepak sebanyak 200 kali tiap minit dan jantung yang berdetik 1200 kali tiap minitnya, kolibri akan membakar 14.000 kalori, sama dengan kalori yang diperlukan manusia untuk berlari marathon.
9. Paus Biru
Dengan berat 200 ton dan panjang 100 kaki, paus biru bukan hanya haiwan terbesar di planet bumi, mungkin haiwan terbesar yang pernah ada. Makanannya adalah krill (invertebrata kecil mirip udang yang panjangnya 1 inchi), sebanyak 40 juta krill per hari.
10. Ulat
Ulat ini mungkin yang terkecil di antara 10 haiwan lainnya.Dikenal sebagai "eating machine". Ketika menjadi ulat, ia akan memakan dedaunan dengan amat sangat rakus. Membesar 1000 kali hanya dalam 2 bulan. Persiapan sebelum "berHensin" menjadi kupu-kupu yang comel.
Manusia Rakus Macamana Pulak?