Monday, January 10, 2011

Wanita 92 Tahun Kandung ‘Bayi Batu’ Selama 60 Tahun





Huang Yijun, berumur 92 tahun dan berasal dari wilayah selatan China ini berjaya ‘melahirkan’ bayi batunya yang telah dikandung selama lebih setengah abad! ‘Bayi Batu’ atau dalam istilah perubatannya, Lithopedion, adalah fenomena luar biasa dimana kandungan mati ketika kehamilan. Akibat terlalu besar untuk diserap semula oleh badan, janin tersebut mengeras untuk melindungi hosnya dari bahaya terhadap jangkitan oleh sel-sel yang telah mati. Secara teorinya, mereka boleh meneruskan hidup tanpa apa-apa komplikasi kecuali menyusahkan la….
Kembali kepada Huang Yijun, telah disahkan bayinya meninggal dalam kandungan pada 1948 dan mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai wang yang cukup utk menjalani pembedahan bagi ‘menggugurkan’ (gugur yg tidak berdosa ok) bayinya itu. Menurut sumber, setakat ini cuma 290 kes lithopedion yang pernah dilaporkan.