Sunday, January 9, 2011

Ramalan AJL25






Ramalan utk 3 kategori (Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik and Lagu Terbaik) :

*PERSEMBAHAN TERBAIK*

Stacy
- Stacy dilihat sbg calon utama untuk membawa pulang trofi Persembahan Terbaik kali ini. Melihat kpd kesegaran dan tenaga yg diberikan Stacy dlm lagu ini,membolehkan para juri utk tidak teragak-agak memberikan trofi ini kpd beliau. Mana tahu percubaan beliau kali ini di pentas AJL akan membuhkan hasil utk kali pertama.

Faizal Tahir
- Jgn dilupa bahawan FT juga sebelum ini pernah membawa pulang trofi Persembahan Terbaik. FT bijak menggunakan semua props dan juga sgt kreatif dlm memastikan persembahan beliau mampu memukau penonton. Dan sekiranya para juri memilih FT sbg pemenang kategori ini, rasanya tidak ada mana-mana pihak yg perlu mempertikaikannya.


Yuna
- Sebagai melengkapkan senarai ramalan, saya memilih Yuna berbanding dgn peserta lain. Ini kerana Yuna berpotensi utk melakukan sesuatu yg baru dan segar di pentas AJL nanti sbgmana yg beliau pernah lakukan dengan lagu Dan Sebenarnya.

*Vokal Terbaik*
Black
- Sebagai pemenang kategori ini pada AJL musim yg lepas, Black sekali lagi dilihat sbg calon utama utk membawa pulang trofi Vokal Terbaik. Keupayaan Black utk menyanyi live dgn sgt baik x perlu dipertikaikan lagi. Tambahan pula, lagu Sofea Jane sgt2 mampu utk menyerlahkan lagi keupayaan dan kemerduan vokal Black.

Faizal Tahir
- Faizal Tahir juga pernah diangkat sbg pemenang kategori Vokal Terbaik AJL ini. Sememangnya lagu Hanyut dan Selamat Malam merupakan lagu yg memerlukan penghayatan dan vokal yg hebat utk mengalunkannya. FT juga boleh dikatakan sbg calon utama utk memenangi kategori ini selain Black.

*Lagu Terbaik*
Drama King - Black & Meet Uncle Hussin
- Komposisi melodi dan lirik yg sgt kuat meletakkan lagu ini sbg calon utama utk merangkul anugerah utama. X banyak yg sy nk cakap tentang lagu ini.

Hanyut - Faizal Tahir
- Sy lebih memilih lagu ini berbanding lagu Selamat Malam. Melodi lagu yg unik ditambah dgn lirik yg menarik menjadi kelebihan kpd lagu ini utk diangkat sbg 3 lagu terbaik pada malam AJL nanti.




Pelita - A.P.I.
- Lagu ini juga x boleh dipandang remeh. Menampilkan ramai vokalis2 kumpulan indie menjadi kekuatan tambahan kpd lagu ini.




Ini hanyalah ramalan dan pandangan peribadi sahaja. Korang boleh utk tidak bersetuju krn stp org mempunyai pilihan dan pandangan masing2.