Tuesday, January 11, 2011

Ibu Addict Game, Sanggup Bunuh Anak!





Gila bermain game, seorang ibu di Korea Selatan sanggup membunuh anak lelakinya yang baru berusia tiga tahun.

Kim, ibu dengan dua orang putera ini, bermain game online selama 10 jam setiap harinya. Berdasarkan laporan dari jiran tetangganya, Kim membiarkan dua orang anaknya menangis berjam-jam, sementara dia asyik dengan game.

Sydney Morning Herald dan dipetik detikINET, Minggu (26/12/2010), polis wilayah Cheonan, Korea Selatan yang mengendalikan kes ini menyebutkan Kim memukul anak sulungnya lalu mencekiknya hingga mati kerana marah si anak tidak berhenti menangis.

"Dia mengatakan dirinya hampir gila kerana begitu lelah setelah bermain game," ujar salah satu petugas polis.

Juru cakap itu menambahkan, Kim tergila-gila bermain permainan kad dan merawat haiwan virtual. Wanita berusia 27 tahun ini dikesan mengalami ketagihan bermain game dan tidak pernah mengalami tekanan jiwa sebelum ini.

Dengan demikian, kes ini kian bertambah parah akibat kecanduan bermain game di Korea Selatan.

Bulan lalu, seorang remaja berusia 15 tahun membunuh diri setelah membunuh ibunya. Motif pembunuhan dilakukan kerana remaja tersebut kesal pada sang ibu yang kerap memarahinya jika asyik bermain game.

Mei lalu, sepasang suami isteri dihukum dua tahun penjara kerana melalaikan bayi perempuan mereka hingga kekurangan gizi, demi mengasuh bayi virtual mereka di internet.

Dan Februari, seorang lelaki 32 tahun meninggal dunia kerana keletihan bermain game. Lelaki tersebut bermain game selama lima hari tanpa berehat dan melupakan keperluan akan makan dan minum.