Saturday, January 8, 2011

Hafiz AF Kemalangan Selepas Pulang Rehearsal AJL 25, Kereta Remuk Teruk



Honda Accord milik Hafiz AF hancur teruk apabila terlibat dalam kemalangan selepas pulang daripada rehearsal Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25), kira-kira malam kelmarin. Menurut Hafiz, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke Damansara dan mengakui memandu sangat laju kerana ini sampai ke rumah cepat. Ketika berada di lane kanan, tiba-tiba keretanya berdepan dengan sebuah kereta yang bergerak dengan sangat perlahan.

Tambah Hafiz lagi, bagi mengelakkan untuk terus berlanggar dengan kereta tersebut, dia terus membuat emergency break dan memusing steering kereta dengan cepat. Impak yang mengejut menyebabkan keretanya berpusing-pusing dan terus merempuh pokok dan tiang lampu jalan. Syukur, dengan kuasa tuhan, hanya bahagian depan kereta sahaja yang berlanggar dan bukan merempuh terus ke bahagian pemandu.












Bahagian leher Hafiz telah dibalut sebagai sokongan sebab kecederaan agak teruk di situ. Namun diharapkan Hafiz masih mampu membuat persembahan di malam AJL yang akan berlangsung pada 9 Januari ini.