Thursday, January 13, 2011

Fakta Menarik Tentang Anugerah Juara Lagu 25








  • Klon Ziana Zain dapat hall of fame selama 5 minit yang tidak ditayangkan di kaca tv, hanya khas untuk penonton di stadium. Ketika itu, Ziana Zain sedang mempersembahkan lagunya di pentas, berlawan-lawan dua kembar tak seiras ini.
  • Persembahan dimulakan oleh artis veteran kegilaan ramai iaitu Francesca Peter, Nash & M. Nasir. Macam nak jatuh bumbung stadium dek jeritan penonton, kami pun kering tekak jerit kuat-kuat.
  • Aksi Faizal Tahir ketika lagu Hanyut benar-benar mengetar badan. Faizal Tahir betul-betul terjun ke dalam tangki dan sambung menyanyi semula. Tak sejuk ke bro?
  • Baju kurung yang dipakai oleh Ana Raffali boleh dibuka dalam masa beberapa saat. Ala-ala kasut zaman sekolah rendah guna velcro, zip zap.
  • Bunyi tembakan untuk persembahan Hafiz & A.P.I betul-betul mengejutkan kami. Ada orang disebelah kami pucat muka apabila tembakan dilepaskan ketika persembahan Hafiz. Meh kami pecah rahsia, rakan media Rotikaya.
  • Susunan skor muzik dan lighting AJL memang terbaik! Menurut orang Tv3, mereka menggunakan sistem SD7, sebuah konsol digital terkini yang kami pun tak tau apa fungsinya. Kalau PS3 boleh juga kami sembang lebat dari A-Z.
  • Video tiru gaya artis Misha Omar memang epic win. Terbarai kami gelak-gelak sebab si produser filem memang teliti meniru gaya Misha Omar. Terutamanya yang tang jari dan aksi hentak-hentak kaki. Fuh!
  • Sebiji bola disko pecah jatuh berderai ketika persembahan Sharifah Aini. Nasib baik tak hinggap kepala orang, kalau tak sia-sia Tv3 kena saman. Lol!




  • Ketika persembahan Siti Nurhaliza, seorang penari tersangkut di tali sampai orang di bawah pentas kena tolong bukakan. Haru juga’lah.
  • Kemenangan Ana Raffali mula-mula disambut dengan sorakan, namun di sebelah sana timbul pula bunyi boo dan kekecohan daripada penonton yang tidak puas hati. Kelihatan ramai penonton yang keluar daripada stadium, tak sporting’lah beb!
  • Ada orang yang mengelarkan keputusan Anugerah Juara Lagu 25 adalah sampah. Agak kasar bunyinya, kami pun terdiam sejenak.
  • Paling melampau, ada orang yang terlampau serius sampai buka fanpage bertajuk Kami tidak bersetuju Ana Raffali menang AJL 25, setakat pukul 5 pagi seramai 1200 orang sudah Like fanpage ini. Rilek la woi!