Friday, January 14, 2011

DDRozmey Ingin Mencipta Laman Sosial Sendiri?








Siapa yang tidak kenal dengan usahawan jutawan melayu ini, Datuk Dr Rozmey atau lebih dikenali dengan panggilan DDR. Dulu kecoh apabila filem beliau dikritik oleh orang ramai kerana target kutipan yang tidak masuk akal. Tapi, sekarang ini DDR mencetuskan satu lagi 'fenomena' luar biasa apabila beliau ingin membuat sebuah laman sosial sendiri iaitu dRbook.

Tindakan DDR ini mencetuskan kesangsian banyak pihak kerana dia seorang jutawan yang tidak serius dalam berniaga. Kenyataan ini keluar bila khabar angin menyatakan bahawa Facebook akan ditutup pada Mac ini. Tapi, kenyataan dari Facebook sendiri mengatakan bahawa "Facebook tidak ditutup, ini hanya khabar angin".

Kalau betul lah DDR mahu mencipta sebuah laman sosial, itu dikira pelaburan yang tepat kerana sememangnya laman sosial pada waktu ini sangat diminati oleh semua lapisan umur. Tahniah! dari pihak kami kerana ada jutawan melayu yang berfikiran jauh ke hadapan, semoga impiannya akan terlaksana. Amin Ya Rabbal Alamin..






ape mcm????